Kenal Dahulu Status Harta Si Mati Sebelum Bahagi Harta Pusaka
Sebelum harta pusaka si mati dibahagikan, adalah menjadi kewajipan bagi waris mengenal pasti dahulu setiap harta si mati adakah boleh dikategorikan sebagai harta pusaka ataupun tidak. Pergaduhan sering terjadi disebabkan tidak mengetahui status pemilikan harta si mati dengan tepat. Ahli waris bertanggungjawab untuk mencari kebenaran dan mengembalikan hak kepada pemilik sebenar harta itu jika itu bukanlah harta milik mutlak si mati. Penting menghindari sifat tamak dan sikap suka mencari kesalahan orang lain untuk kepentingan diri sendiri HARTA YANG DIPINJAM Sekiranya sesuatu harta itu dipinjam oleh si mati daripada seseorang harta itu hendaklah dikembalikan semula kepada tuannya. Sekiranya pinjaman ini berlaku ke atas harta alih yang tidak berdaftar, seperti barang kemas, pakaian, kereta dan sebagainya, kembalikan harta itu kepada tuannya. Masalah yang selalu terjadi adalah apabila harta itu didaftarkan dengan nama si mati sama ada harta itu harta alih ataupun har...