Kenali Waris Utama Kita

Waris Utama

Di dalam Ilmu Faraid terdapat ahli waris yang terdiri daripada golongan lelaki dan Perempuan. Ahli waris daripada pihak lelaki mempunyai 15 ahli waris utama begitu juga daripada pihak Perempuan mempunyai 10 ahli waris utama iaitu :

Ahli Waris Lelaki
1. Anak Lelaki
2. Cucu Lelaki daripada Anak Lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara Lelaki Seibu Sebapa
6. Saudara Lelaki Sebapa
7. Saudara Lelaki Seibu
8. Anak Saudara Lelaki daripada Seibu Sebapa
9. Anak Saudara Lelaki daripada Seibu atau Sebapa
10. Bapa Saudara Seibu Sebapa
11. Bapa Saudara Sebapa
12. Sepupu daripada Bapa Saudara Seibu Sebapa
13. Sepupu dari Bapa Saudara Sebapa
14. Suami
15. Hamba Sahaya

Ahli Waris Perempuan
1. Anak Perempuan
2. Cucu Perempuan daripada Anak Lelaki
3. Ibu
4. Nenek Sebelah Ibu
5. Nenek Sebelah Bapa
6. Saudara Perempuan Seibu Sebapa
7. Saudara Perempuan Seibu
8. Saudara Perempuan Sebapa
9. Isteri
10. Perempuan yang menjadi Tuan kepada Hamba Sahaya

Namun, jika masih hidup kesemua ahli waris tersebut yang terdiri daripada 15 waris lelaki dan 10 waris perempuan, maka diutamakan kepada lima ahli waris tersebut iaitu :

1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami atau Isteri

Anwar Wajdi
Adilah Salleh & Associates

Comments

Popular Posts