FARAID




Lelaki Ketahui Amanah Anda 
Wanita Ketahui Hak Anda. 

Oleh : Farizal Radzali

Bahagian perempuan adalah miliknya. 
Bahagian lelaki adalah amanahnya.
Jangan perlekehkan faraid yang sebenarnya telah sempurna. 

Saya selalu dapat soalan dari yang bukan muslim, kenapa orang muslim tak buat wasiat? Saya beritahu mereka bahawa kami boleh buat wasiat atau hibah. Tapi sebenarnya hukum faraid kami sudah cukup sempurna. Tapi jawapan saya tentang faraid disangkal oleh mereka kerana katanya faraid hanya menguntungkan lelaki sahaja.

Saya diam. Begitulah yang orang lihat pada faraid. Agak susah untuk tunjukkan kelebihan faraid di zaman ini. Kerana apa yang dilihat tak sama seperti yang sebenarnya. Bagaimana nak beritahu mereka bahawa hukum faraid menyebelahi perempuan? Menjaga hak perempuan? 

Yang kita tahu, mengikut hukum faraid, lelaki akan dapat lebih dari perempuan. Tapi kita tak ambil tahu, kenapa lelaki dapat lebih dari perempuan.
Yang kita dengar, lelaki dapat lebih kerana lelaki akan menyara keluarganya setelah berkahwin tapi perempuan akan disara suami selepas berkahwin.
INI ADALAH SALAH SAMA SEKALI. 

Kenapa lelaki dapat lebih? Sebab dia adalah orang yang diamanahkan untuk menyara anak-anak kepada adik beradiknya / anak saudara yang menjadi yatim ketika masih kecil & masih memerlukan tempat bergantung hidup. Sedangkan bahagian perempuan adalah miliknya sendiri.

Banyak kes di zaman ini, bila si ayah meninggal dunia, adik beradik si ayah mulalah mengira harta pusaka kerana jika tiada anak lelaki, maka harta pusaka si ayah akan difaraidkan dimana adik beradik lelaki si ayah akan dapat bahagian. Lepas dapat harta, ayah sedara hilang. Tinggallah si anak yatim yang masih kecil bersama ibunya terkontang kanting memulakan hidup dari mula, bagai baru nak melangkah ke dunia.

Ada juga kes, lepas dapat harta seperti rumah, dijualnya. Duit dia ambil semua bagi menyara keluarganya sendiri. Tak peduli dah amanah yang sepatutnya dalam tanggungannya.

Kepada para isteri, sila ambil tahu bahawa harta yang suami anda warisi dari harta pusaka ahli keluarganya, itu adalah kerana dia memikul amanah utk menjaga anak² saudaranya yg menjadi yatim, bukan hak dia utk bermewah dengan keluarga dia sendiri. Janganlah anda bersubahat dengan suami. Atau mungkin anda boleh menegur suami jika dia terkhilaf bab faraid, mungkin dia terlepas pandang. 

Namun tahukah anda, dalam cerewetnya seorang perempuan, ramai yang malas bergaduh tentang hal ini. Dia pasti berusaha membesarkan anaknya walaupun tahu hak anaknya telah dirampas. Dan kepada para lelaki, sila jgn berasa selesa dengan suasana ini kerana andai anda terlepas di dunia, anda bakal dihakimi di akhirat kelak. Makan harta anak yatim, besar bunyinya kan? 

Andai rasa tak mampu memikul amanah, anda boleh menolak bahagian anda kepada yang lebih berhak melalui borang  persetujuan penolakan dimana anda tak boleh lagi menuntut bahagian dalam harta pusaka tersebut.

Kepada lelaki, ketahui amanah anda.
Kepada perempuan, ketahui hak anda.


Comments

Popular Posts