FARAID
Soalan:
Si isteri meninggal dunia dan meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan dan 2 orang saudara perempuan seibu sebapa.
Jawapan:
Seperti di dalam gambar.
Sebab-sebabnya:
🧔🏻Suami ➡ Mendapat 2/8 bahagian iaitu 1/4 bahagian daripada harta pusaka isteri kerana isteri mati ada anak.
🔸 Jika isteri mati tiada anak, maka suami akan mendapat lebih lagi iaitu 1/2 bahagian (setengah daripada harta peninggalan isteri).
.
.
👧🏻 Anak Perempuan ➡ Mendapat 4/8 bahagian iaitu setengah (1/2) daripada harta pusaka ibunya (si mati) kerana waris ini satu-satunya anak perempuan tunggal.
🔸 Jika Anak Perempuan bilangannya 2 dan lebih, maka anak-anak perempuan tersebut akan berkongsi 2/3 bahagian sesama mereka.
.
.
🧕🏻🧕🏻Saudara Perempuan Seibu Sebapa (adik-beradik si mati) ➡ Mendapat Asabah Maal Ghair عصبة مع الغير, iaitu Baki.
🔸 Baki bergantung pada lebihan harta pusaka dalam sesuatu kes, tidak tetap dan boleh berubah.
🔸 Jika ada baki, baru lah lebihan harta pusaka akan dikongsi sesama waris penerima baki itu samada seorang atau ramai.
🔸 Jika tiada baki, maka waris penerima baki tidak akan mendapat apa-apa bahagian.
🔸 Dalam kes ini, setelah diagihkan dahulu kepada suami dan anak perempuan si mati, didapati ada lebihan harta pusaka iaitu sebanyak 2/8 bahagian.
🔸 Maka, 2 orang Saudara Perempuan Seibu Sebapa, setiap seorang akan mendapat baki sebanyak 1/8 bahagian.
Kredit : Adlina Asri
#faraid #ilmufaraid #pusaka #hartapusaka #pusakaanakperempuan #pusakaanakperempuantunggal #asabah #baki
Comments