PEMBAHAGIAN RUMAH PUSAKA
Assalamualaikum...
🔰Situasi ini saya andaikan bahawasanya si mati telah meninggalkan waris dan sebuah rumah yang telah dimiliki sepenuhnya oleh si mati ketika hidupnya.
.
.
🔰 Waris-waris yang ditinggalkan oleh si mati adalah :
-ibu
-isteri
-anak perempuan
- abang
-kakak
.
🔰 Harta yang ditinggalkan hanyalah sebiji rumah.
.
.
🔰 Jadi untuk setiap bahagian waris akan dapat :
- ibu 1/6
-isteri 1/8
-anak perempuan 1/2
-abang asobah (baki) 2:1
-kakak asobah ( baki) 2:1
🔰 Jadi untuk mudahkan semua, saya telah buat kira-kira dalam bentuk peratus untuk mudah difahami oleh semua orang. (Boleh rujuk di gambar).
.
🔰 Cuba lihat kepada bahagian yang isteri dapat. Isteri cuma memperolehi 12.5% dari keseluruhan rumah tersebut. Sikit bukan?
.
🔰 Sekiranya semua waris muafakat untuk membuat penolakan bahagian mereka dan berikan kepada si isteri maka alhamdulillah isteri bakal hidup dengan selesa dalam rumah tu.
🔰 Tetapi kalau sebaliknya, semua waris pakat menuntut hak masing-masing, maka keadaan yang keruh akan berlaku. Mungkin terjadinya pergaduhan, pecah hati dan sebagainya.
.
🔰 Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku di kalangan waris kita semasa kita tiada lagi nanti, BUATLAH PERANCANGAN HARTA dengan sebaiknya sewaktu kita hidup.
.
🔰 Salah satu kaedah yang islam anjurkan adalah, buatlah HIBAH semasa hidup. Contoh dalam situasi di atas, si suami buatlah HIBAH rumah tersebut kepada isterinya sewaktu hidup. Agar dapat mengelakkan situasi pertelingkahan yang mungkin akan berlaku nanti dan untuk memudahkan urusan isterinya nanti.
Semoga Bermanfaat 😄
Kredit : Naeem Al Dergawi sebagai Penulis Asal
Comments