PUSAKA BAGI ANAK TIDAK SAH TARAF
ANAK SAH TARAF LAYAK KE TAK LAYAK MEWARISI HARTA PUSAKA ?
- Maksud Anak Tak Sah Taraf
- 4 Sebab Pewarisan
- Kedudukan Si Anak Dalam Pewarisan Harta Pusaka
Baru-baru ni saya diajukan beberapa soalan tentang status atau kedudukan anak tak sah taraf dalam pewarisan harta pusaka.
📌 Pertama sekali kita kena jelas MAKSUD Anak Tak Sah Taraf tu apa. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali ke-64 bertarikh 27 Julai 2004, menjelaskan seperti berikut;
1️⃣ Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
2️⃣ Anak dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
3️⃣ Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui Iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya) atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
[Lihat: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali ke-64 bertarikh 27 Julai 2004]
.
📌 Seterusnya, ada 4 SEBAB yang melayakkan seseorang itu untuk mewarisi harta pusaka. Antaranya adalah disebabkan oleh Kerabat (Keturunan), Perkahwinan, Pembebasan Hamba (amalan perhambaan ini tidak wujud lagi zaman sekarang), dan Baitulmal.
Anak Tak Sah Taraf adalah daripada kerabat atau keturunan ibunya. Kekerabatan merupakan hubungan nasab antara pewaris dengan waris disebabkan oleh kelahiran dan ia tidak boleh dihilangkan.
.
📌 Oleh itu, KEDUDUKAN Anak Tak Sah Taraf ini dalam Pewarisan Islam adalah;
1️⃣ Anak ini juga layak mewarisi harta pusaka, tapi hanya akan mewarisi harta pusaka ibu kandungnya sahaja.
2️⃣ Anak ini tidak mewarisi harta daripada 'bapa zina' iaitu lelaki yang menyebabkan dia dilahirkan ke dunia.
3️⃣ Anak ini juga tidak mewarisi harta daripada baba tirinya, walaupun jika si ibu telah menikah lain dan si ayah tiri itu menjaga serta menyayangi anak tersebut seperti anak kandungnya yang lain.
*Jika nak beri juga, berilah melalui Hibah atau Wasiat kepada anak tersebut dan rancanglah pemberian itu dengan baik seperti buat Dokumen Hibah/Wasiat secara bertulis dan rasmi supaya mudah urusan pengesahan di kemudian hari. Janganlah hanya sekadar Hibah/Wasiat pada lafaz saja. 🙂
Semoga bermanfaat 🙂
Kredit : Adlina Asri

Comments