Waris Merana Kerana Harta
Bila harta tidak dirancang apa risiko-risiko bakal berlaku ?
1. Cetus pergaduhan dalam keluarga
Biasanya pergaduhan ini berlaku antara Isteri vs adik-beradik si mati, menantu vs ibu mertua dan adik-beradik sendiri.
Ramai waris yang tiada pengetahuan proses tuntutan harta pusaka dan tidak faham hukum faraid campur tangan.
Kekadang ipar duai yang tiada kena mengena datang menuntut.
2. Rumit dan memakan masa panjang
Bagi proses tuntutan pusaka akan melibatkan sama ada undang-undang sivil atau syariah.
Jika proses di mahkamah Sivil akan menentukan pentadbiran harta pusaka (Akta Probet dan Pentadbiran 1959). Jika di mahkamah Syariah pula akan menentukan hak waris yang layak menerima (Enakmen Keluarga Islam Negeri-Negeri).
Kebanyakkan waris tidak tahu apa yang perlu dibuat.
3. Kos yang terlalu tinggi
Proses pengurusan harta pusaka memang akan menelan belanja yang tinggi. Fi untuk buka fail saja RM 500 sehingga ribuan ringgit. Tahukah tuan puan, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 membenarkan Fi pengurusan pusaka sehingga 5 %. Banyak sebenarnya kita mampu berjimat apabila kita bertindak awal. Sebagai contoh, kos membuat perancangan sekarang semasa masih hidup hanya 10% daripada kos yang terpaksa waris keluarkan sekiranya kita tidak membuat perancangan harta.
Caj sehingga 4 % kebanyakkan dikenakan oleh syarikat amanah. Waris juga akan terbeban dengan Fi lain seperti Fi Carian Geran, Fi Disbursement, Fi Guaman dan lain-lain.
Risiko-risiko ini dapat ditangani dengan baik apabila ketika hidup perancangan harta pusaka dirancang dengan baik.
Perancangan harta pusaka yg baik ialah dengan membuat dokumen perancangan pusaka seperti hibah atau wasiat bagi melantik pemegang amanah bagi mengurus dan mentadbir harta-harta pusaka yang bakal kita tinggalkan kelak.
Tuan-tuan puan-puan,
Merancanglah harta pusaka kerana usaha sepanjang hidup mengumpul harta bermatlamat untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada ahli waris yang kita sayang.
Namun, sekiranya kita gagal merancang harta pusaka kita semasa hidup, ketahuilah sengsara yang kita tinggalkan untuk waris kita.
Begitulah.
Adilah Salleh & Associates
Comments