Kenali Bahagian Faraid Waris Utama Kita

Cara Pengiraan Waris Utama

(BAPA, IBU, ANAK LELAKI, ANAK PEREMPUAN, SUAMI/ISTERI)

Di dalam pengiraan ini, 

1. Bahagian Bapa adalah 1/6 kerana Wujudnya Keturunan Lelaki Ke Bawah iaitu Anak Lelaki.

2. Bahagian Ibu Juga adalah 1/6 kerana Wujudnya Keturunan Ke Bawah iaitu Anak Lelaki dan Anak Perempuan.

3. Bahagian Anak Lelaki adalah Asabah bi Ghairi iaitu Bahagian Anak Lelaki adalah 2 kali lebih daripada Bahagian Anak Perempuan iaitu Anak Lelaki 2 Bahagian Dan Anak Perempuan 1 Bahagian.

4. Bahagian Anak Perempuan Asabah bi Ghairi iaitu Anak Lelaki 2 Bahagian Dan Anak Perempuan 1 Bahagian.

5. Bahagian Suami adalah 1/4 kerana Wujudnya Keturunan Ke Bawah Iaitu Anak Lelaki serta Anak Perempuan.

6. Bahagian Isteri adalah 1/8 kerana Wujudnya Keturunan Ke Bawah iaitu Anak Lelaki dan Anak Perempuan.

“ Setiap Bahagian Yang Diterima Waris-Waris Tidak Sama, Ia Berubah Apabila Berubahnya Setiap Ahli Waris “

Anwar Wajdi
Adilah Salleh & Associates

#infofaraid #celikpusaka #peguamsyarieasa #pakarpusaka #pusakaberlapis #susurgalurwaris #jejakwarishilang

Comments

Popular Posts