Adakah dibolehkan wasiat untuk ahli waris?

Wasiat menurut mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak.
Di antara salah satu syarat dalam berwasiat adalah tidak meninggalkan wasiat lebih satu pertiga daripada jumlah harta yang ditinggalkan, ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW daripada kisah Saad bin Abi Waqqas RA:
عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ
Maksudnya: Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”, Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan saparuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”, Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia”.
Riwayat al-Bukhari.
Mengenai hukum mewasiatkan harta kepada ahli waris sepertimana soalan di atas, ulama’ telah berbeza pandangan mengenai masalah ini kepada dua pendapat:
Pendapat pertama: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah batil secara mutlak walaupun mendapat kebenaran daripada seluruh ahli waris. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik, pendapat kedua dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad.
Di antara hujah-hujah mereka ialah:
Zahir makna hadith:
أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris”
Ini adalah kerana pemberian wasiat kepada sebahagian ahli waris akan memberi kemudharatan kepada ahli waris yang lain. Allah telah melarang perbuatan ini dalam firman-Nya:
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ
Maksudnya: “Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris)".
Surah an-Nisa’: 12
Pendapat Kedua: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah sah jika mendapat persetujuan daripada ahli waris lain selepas kematian orang yang meninggalkan wasiat. Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya. Ini adalah pendapat muktamad dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, mazhab Imam Ahmad dan satu pendapat dalam mazhab Imam Malik.
Hujah para fuqaha’ yang membenarkan wasiat kepada waris dengan syarat seperti di atas adalah seperti berikut:
Hadith Nabi SAW:

Hadith ini dapat difahami bahawa tidak boleh meninggalkan wasiat kepada ahli waris jika ahli waris tidak mendapat haknya dan tidak redha akan pembahagian harta yang mengurangkan haknya. Namun, jika ahli waris redha dengan bahagian yang diperolehinya dan membenarkan wasiat kepada ahli waris lain ditunaikan, maka harus meninggalkan wasiat kepada ahli waris lain.
Hadith Nabi SAW:
لاَ تَجُوزُ الْوَصِيَّةُ لِوَارِثٍ إِلاَّ أَنْ يَشَاءَ الْوَرَثَةُ
Maksudnya: “Tidak harus meninggalkan wasiat kepada waris kecuali dengan keizinan waris”
Qias wasiat kepada ahli waris ke atas wasiat kepada bukan ahli waris yang melebihi daripada satu pertiga daripada harta tinggalan si mati. Wasiat kepada bukan ahli waris melebihi satu pertiga daripada harta tinggalan si mati adalah harus jika mendapat kebenaran daripada ahli waris, begitulah juga hukumnya harus untuk mewasiatkan kepada ahli waris jika mendapat kebenaran daripada ahli waris lain.
Wallahu'alam.
#wasiat
#pusaka

Comments