SOLUSI KEPADA MASALAH INI (bhg 4)
Sentiasa merenung dan bermuhasabah. Cuba kita renungkan… adakah kita sedar bahawa semasa kita hidup kita bukan setakat dituntut mencari serta menyimpan harta. Bahkan ada yang lebih utama lagi iaitu kita dituntut untuk memberi serta mengagihkan harta.
Mengagihkan harta semasa kita masih hidup bukanlah satu masalah, tetapi yang menjadi masalah ialah bagaimana untuk kita mengagihkan harta selepas ketiadaan kita.
Untuk itu, Islam telah menuntut agar kita umatnya membuat perancangan harta & pusaka semasa kita masih hidup, yang antara tujuan utamanya ialah demi masa depan serta demi kebajikan waris-waris yang bakal kita tinggalkan seperti isteri yang tersayang, anak-anak. kedua ibu bapa juga sebagai amal jariah untuk diri kita.
Comments