PUNCA HARTA TERBEKU (bhg 2)


Antara punca harta terbeku di kalangan orang Islam di negara kita (melalui kajiselidik yang dibuat oleh pelbagai pihak : kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan) ialah:

a)      Sikap

Sikap ambil mudah orang Islam akan pewarisan harta :

(mana saya ada harta?  saya dah cari dan kumpul harta, pandai-pandailah waris saya uruskan; saya dah buat penamaan; faraidkan ada; apa susahnya urus pusaka? )

b)     Keperluan

Orang Islam menganggap urus pusaka tidak perlu perancangan semasa hidup, sebaliknya adalah tugas waris selepas kematiannya.  Justeru itu, ramai yang percaya urus pusaka itu penting tetapi bukan satu keperluan, lantas tidak berbuat apa-apa perancangan. 

c)      Penama

Ramai orang Islam meletak penama di dalam KWSP, Tabung haji, Takaful , Insuran dan lain-lain dengan anggapan telah membuat pembahagian selepas pemergian mereka kelak.  Adakah ini menetapi hukum syarak?.
 
d)   Faraid

Ramai yang tidak faham dan keliru dengan hukum faraid; falsafahnya, metodologinya dan perlaksanaannya.  Sebaliknya, ada segelintir orang Islam sendiri mempertikaikan keadilan Hukum Faraid.

e)   Kos

Kos untuk urus pusaka amat mahal,  Akta membenarkan sehingga 5% dari nilai semasa harta terbeku.  Sering berlaku waris tiada kemampuan untuk membayar caj urus pusaka kepada pihak pengurusan pusaka (syarikat amanah atau firma guaman atau syarikat pembekal perkhidmatan) sebelum harta dapat dicairkan. 

Comments

Popular Posts