SENARIO HARTA TERBEKU (bhg 1)



 Stastistik tahun 2004 menunjukkan harta terbeku di negara kita sebanyak RM15 billion. Angka ini meningkat ke RM38 billion pada tahun 2006 dan terus meningkat ke RM40 billion pada tahun 2007.  Lebih kurang 90% dari nilai harta terbeku ini adalah milik orang Islam.  Senario ini amat membimbangkan dan kritikal, dan satu tindakan pro-aktif perlu dilakukan dari sekarang bagi mengelakkan keruntuhan institusi keluarga (ummah) dan juga ekonomi umat Islam di Malaysia.
 
Masalah ini timbul berpunca dari ketidakfahaman masyarakat Islam berkaitan HUKUM FARAID, FUNGSI WASIAT, HIBAH DAN PENTADBIRAN PUSAKA di Malaysia.  Bagi umat Islam isu harta peninggalan seperti HARTANAH, KWSP, AKAUN SIMPANAN BANK, ASB, TABUNG HAJI INSURAN, TAKAFUL, SYER SYARIKAT, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi memerlukan kepada satu perancangan pewarisan yang baik bagi memastikan pengagihan harta kepada waris yang berhak dibuat mengikut syariat Islam.

Comments

Popular Posts