AKIBAT HARTA TERBEKU (bhg 3)
Punca-punca yang disebut di atas nampak ringan, tetapi akibatnya sungguh berat seperti berikut :
a) Perbalahan keluarga
Institusi dan silahturahim keluarga runtuh dan terjadilah perang dingin serta fitnah harta yang tiada kesudahan. Sepatutnya, harta pusaka menjadi pengukuh kasih sayang keluarga seperti yang disarankan oleh Islam. Fakta ini boleh kita lihat dalam masyarakat kita, asalnya dari satu perut (rahim) tetapi disebabkan harta pusaka maka terpisahlah hubungan dari satu generasi ke satu generasi.
b) Kehidupan waris terganggu
Bagi para isteri yang tidak bekerja / mempunyai anak-anak yang masih kecil, kehidupan begitu sukar hendak diteruskan. Kehilangan tempat bergantung amat susah diterima apalagi hendak memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan hidup anak-anak dapat diteruskan seperti biasa. Apabila suami meninggal, maka semua hartanya akan terbeku dan tanpa sumber kewangan yang tetap kehidupan pasti terganggu.
c) Hutang arwah tidak diselesaikan
Hutang arwah terutama kepada manusia atau institusi kewangan sukar diselesaikan dengan segera kerana harta si mati terbeku. Bagaimana nasib si mati apabila hutang masih belum selesai?.
Rasulullah saw ada menegaskan dalam hadisnya:
“نفس المؤمن معلقة بدينه حتي نقضي عنه”
Maksudnya: “Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan
hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan”
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar & Tarmizi)
Apakah jaminan bahawa waris akan segera menyelesaikannya?. Sesungguhnya melunaskan hutang hukumnya adalah wajib.
d) Nilai ekonomi harta tidak dapat dimanfaatkan
Kebanyakan harta terbeku tidak dapat dimanfaat nilai ekonominya kerana nama di geran tanah / rumah / kereta masih nama si mati. Selagi tiada usaha waris untuk menguruskan pusaka si mati maka semua waris tidak akan dapat merasa harta peninggalan arwah.
Comments