3 Jenis Hati


Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis Baginda  yang bermaksud :


              
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim




Hati kerajaan bagi diri manusia, sebagaimana Hadis junjungan kita, bahawa andai baik hati kita maka keseluruhan kita akan baik, andai buruk hati kita maka buruk lah keseluruhan kita.

Bagaiamana cara untuk kesan apa agaknya keadaan hati kita? Dalam keadaan baikkah hati ini atau buruk kah? Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang memiliki hati yang baik.

 3 jenis hati

1 - Hati yang sihat :
  • Merupakan hati yang sentiasa dekat dengan rahmat dan Kasih NYA.
  • Hati ini juga sentiasa terdorong ke arah kebaikan.
  • Untuk memiliki hati yang sebegini perlulah sentiasa berusaha mengingati ALLAH, tapi jangan sekadar ingat sahaja, kewajipan yang ALLAH suruh pun wajib buat tau! ^_^  





2 - Hati yang sakit
  • Hati yang sakit pula ada dua potensi samada untuk terus hidup sihat atau sakit dan terus mati.
  • Hati yang mula sakit akan terdorong untuk melakukan kemungkaran tetapi dalam masa yang sama tetap akan merasa bersalah dengan kemungkaran tersebut.
  • Analoginya seperti jasad yang sakit memerlukan ubat dan perlu dijaga pemakanan supaya jasad yang sakit akan sihat semula.
  • Cara untuk menyihatkan hati yang sakit adalah sentiasa tingkatkan ilmu yang membawa kita kepada ALLAH, menghadiri majlis ilmu, baca artikel serta jangan lupa untuk niatkan supaya ALLAH memberi jalan kepada kita untuk menyihatkan hati yang sakit, insya ALLAH dipermudahkan.^_^


3 - Hati yang mati
  • Tahap hati yang mati ialah  merasakan bahawa kemungkaran itu suatu kenikmatan dan kebaikan itu dirasakan hambar
  • Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dari memiliki hati yang sebegini. 


















Comments

Popular Posts