Keberkatan Dalam Sedekah

Pernahkah anda merasa sentiasa tidak cukup wang dalam kehidupan seharian? Atau mungkin anda pernah mempunyai wang yang banyak, tetapi sekejap sahaja wang anda habis tanpa mengetahui di mana anda melabur wang anda. Mungkin kisah ini mampu memberi inspirasi kepada kita semua agar kita mampu untuk berlapang dada dalam bersedekah.


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima



        Kisah ini terjadi kepada seorang pekerja kerajaan yang bernama En Amin (bukan nama sebenar), gajinya sebagai seorang pegawai kerajaan sebanyak RM 2456. Dengan gajinya itulah beliau menyara isterinya seorang surirumah dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah. Dengan gajinya itulah yang digunakan untuk membayar sewa rumah dan ansuran bulanan kereta. terkadang terdetik rasa kesempitan dalam perbelanjaan beliau. 

          Oleh kerana beliau mahu mencari jalan penyelesaian masalahnya itu, maka beliau pun menceritakan kepada seorang imam yang bertugas berdekatan dengan masjid dan tempat kerja beliau. Imam tersebut bertanya " Pernahkah saudara melakukan amalan sedekah?". "Pernah", jawab beliau. " Selalunya berapa yang saudara sedekahkan dan kekerapan saudara bersedekah?" tanya Imam lagi. " Saya ni kadang-kadang je saya bersedekah, itu pun sekali bersedekah RM 1, kalau rasa rajin sikit RM 5", jawab En Amin. " Apa kata kalau lepas ni saudara cuba tingatkan lagi amalan sedekah, mungkin dari kadang - kadang kepada selalu, atau pun mungkin dari RM 1 ke RM 10 setiap minggu, kerana dalam rezeki kita ini kadang- kadang ada terselit bahagian untuk orang lain, jadi dengan sedekahlah dapat membersihkan kembali rezeki kita dan insya ALLAH akan membuat rezeki yang kita ada tu sentiasa mencukupi walaupun rezeki yang kita ada tu sedikit sahaja.", tambah imam.

        Selepas mendengarkan nasihat itu, Encik Amin berazam untuk cuba tingkatkan amalan sedekah beliau. Setiap minggu, beliau akan sedekahkan RM 5  kepada masjid yang selalu di kunjungi beliau. Jika ada rezeki lebih, beliau akan menyedekahkan RM 10. Dalam masa 2- 3 bulan beliau menyedari bahawa kereta beliau tidak kerap rosak, anak- anak beliau juga jarang sakit dan beliau serta sekeluarga juga sentiasa merasa perbelanjaan mereka mencukupi dan tidak perlu untuk berbelanja secara berlebihan.

Daripada kisah ini, kita dapat lihat betapa berkatnya amalan sedekah. Amalan sedekah mampu membersihkan rezeki kita dan sebenarnya bahagian rezeki kita itu bukanlah yang ada pada kita tetapi yang kita sedekahkan itulah bahagian kita yang sebenar. Mungkin tidak logik, tetapi itu lah hakikatnya. Mungkin ganjaran sedekah itu kita tidak nampak dari sudut material, tpi ganjarannya mungkin akan dibalas dengan cara lain, contohnya dikurniakan anak yang sihat, soleh lagi cerdik, kereta yang buruk tetapi tidak mudah rosak, ALLAH kurangkan musibah dan jiwa yang tenang kerana berusaha untuk membantu orang.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita tingkatkan sedekah kita! 




Comments

Popular Posts