JEJAK WARIS

Jejak Waris Yang Hilang

 Sehingga  kini, dianggarkan “freeze assets” berjumlah lebih kurang RM60 bilion  yang mana dimiliki oleh waris seramai 500,000 orang di kalangan umat  islam terdiri daripada hartanah seperti rumah dan tanah serta wang  daripada pelbagai institusi kewangan masih tidak dituntut boleh  dicairkan menerusi perkhidmatan jejak waris yang telah berjaya  dilaksanakan. Oleh yang demikian nilai asset yang tidak dituntut oleh  waris-waris di negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Pusat sehenti merupakan suatu  perkhidmatan kepada orang ramai berkenaan isu-isu perwarisan seperti  harta pusaka, waris yag tidak dapat di kesan, tuntutan bertindih, asset  yang dibekukan, wasiat, hibah, harta sepencarian dan sebagainya.
Selepas anda memberi segala maklumat  kepada kami, pihak kami akan membuat siasatan secara terperinci dalam  mengenalpasti waris-waris yang terlibat dan berhak ke atas harta yang  ditinggalkan samada harta alih atau harta tidak alih.

Dalam hal ini, dengan adanya  perkhidmatan tersebut dapat memudahkan dan seterusnya dapat  menyelesaikan harta pusaka yang tidak dituntut serta dapat diagihkan  kepada waris-waris yang layak. Secara tidak langsung harta yang telah  diagihkan dapat dimaanfaatkan sepenuhnya oleh waris-waris dan dapat  menaikkan taraf hidup waris-waris yang terlibat.

Perkhidmatan

Melalui perkhidmatan Jejak Waris, kami akan membantu anda mengesan  waris melalui aduan dan pertanyaan dengan mendaftarkan harta dan nama  masing-masing dengan menghubungi emel adilahsallehconsultancy atau mengisi maklumat di ruangan yang disediakan.
HUBUNGI KAMI SEKARANG

Comments

Popular Posts