Wasiat Terakhir Rasulullah saw
بسم الله الرحمن الرحيم

 Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui 
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah 
dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat 
hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu meganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan 
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang
lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan 
kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan amalan kamu. Allah 
telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai 
sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah 
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka
juga berhak untuk memberi makan dan pakai dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-
wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka sama sekali tidak 
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang 
melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah 
solat lima kali sehari, Berpuasa di Bulan Ramadan dan Tunaikan Zakat dari harta kekayaan 
kamu, Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim 
adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun 
yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa
kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar 
dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku 
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tunggalkan kepada kamu dua perkara,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah 
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang 
terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikan 
Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.
  

Comments

Popular Posts