FARAID : KENAPA BAHAGIAN LELAKI LEBIH DARI BAHAGIAN PEREMPUAN
Dalam pembahagian harta pusaka, kita
semua tahu yang bahagian lelaki adalah dua bahagian manakala bahagian perempuan adalah 1 bahagian (2:1). Tetapi tahukah kita apakah hikmah islam melebihkan lelaki dan mengurangkan wanita?
.
Adakah islam melebihkan lelaki dan menganiaya wanita? ....
.
.
Menurut Syeikh Muhammad A’li Al-sobuni di dalam kitabnya “al-mawarith fi syariah islamiyah’ antara hikmah Allah melebihkan bahagian lelaki berbanding wanita adalah:
1) Wanita hanya memerlukan harta berdasarkan keperluannya sahaja, sedangkan nafkah bagi wanita tersebut dan tanggungan wanita tersebut (sekiranya mempunyai tanggungan) adalah tanggungjawab kaum kerabatnya yang lelaki.
.
2)Wanita tidak perlu bertanggungjawab ke atas orang lain, walaupun seorang. Berbeza dengan lelaki yang perlu bertanggungjawab ke atas kaum kerabatnya.
.
Masalah yang dihadapi sekarang adalah kebanyakan kaum lelaki (mungkin mereka tahu atau ada juga yang tidak tahu) mereka ini hanya mementingkan bahagian yang mereka akan dapat selepas pembahagian harta pusaka sahaja justeru, mengabaikan tanggungjawab yang perlu dipikul olehnya selepas selesai pembahagian harta tersebut. Akibatnya wanita yang pada asalnya tidak perlu diberi tanggungjawab inilah yang terpaksa memikul tanggungjawab. Sedangkan harta pusaka ini datang bersama tanggungjawab. Jangan nanti kita disoalkan oleh Allah tentang harta pusaka dan tanggungjawab kita ke atas orang lain.
.
3)Lelaki perlu memberi nafkah yang banyak dan memerlukan harta yang lebih banyak berbanding perempuan.
.
Kesimpulannya, harta pusaka yang datang kepada kita adalah datang dengan tanggungjawab, tetapi bertanggungjawabkah kita? Hari ini rata-rata orang tahu bahagian wanita adalah lebih sedikit berbanding bahagian lelaki, tetapi tanggungjawab yang lelaki perlu tunaikan kepada wanita rata-rata tidak tahu atau buat buat tak tahu. Jangan sampai kita disoal di Hari Akhirat kelak tentang tanggungjawab kita. Renung-renungkanlah …..

Comments