Pengertian Hibah

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian kepada seseorang.Dari segi istilah pula bermaksud pemberian yang melibatkan satu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang dengan rela hati semsasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.

Syarat Hibah
Antara syarat hibah adalah pemberi hibah.Pemberi hibah hendaklah baligh, memiliki harta itu dan memberi hibah itu dengan kerelaan hati tanpa paksaan orang lain. Syarat kedua adalah penerima hibah, penerima hibah hendaklah ada ketika proses hibah itu dilakukan, bermakna jika hibah dilakukan kepada anak yang masih dalam kandungan adalah tidak sah.Syarat ketiga adalah barang yang hendak dihibahkan. Barang tersebut hendaklah wujud, mempunyai nilai dan sah sebagai harta dari segi syarak, dan barang tersebut hendaklah milik penuh pemberi hibah. Syarat keempat adalah akad. Akad bermaksud berlaku penawaran daripada pemberi hibah dan berlaku penerimaan daripada penerima hibah.

Hukum pemberian hibah adalah sekiranya cukup syarat adalah berlaku pemindahan milik harta daripada milik pemberi hibah kepada penerima hibah. Ini bermakna harta yang dihibahkan itu adalah menjadi milik penerima hibah dan pemberi hibah tidak boleh menarik balik hibah yang dilakukannya itu, kecuali hibah si ayah kepada anakknya, kerana Rasul Allah pernah bersabda " kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu."

Keistimewaan Pemberian Hibah
Pemberian hibah tidak dihadkan kepada sekumpulan waris tertentu. Ia berbeza dengan sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada waris-waris tertentu  manakala wasiat mengecualikan waris daripada menerima wasiat.

Pemberian harta pusaka dan wasiat mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana tidak terikat dengan undang-undang faraid dan probet.Berbanding hibah yang tidak terikat dengan undang-undang faraid.

Kadar pemberiah hibah adalah tidak terikat kepada jumlah yang tertentu. Ia berbeza dengan wasiat yang menghadkan hanya satu per tiga  daripada jumlah keseluruhan harta, dan faraid pula kadarnya pula ditetapkan dalam Al Quran.

Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa dan berapa jumlahnya harta tersebut hendak diberikan. dengan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti susur ekonomi penerima hibah.

Pembahagian Hibah

Hibah terbahagi kepada dua iaitu hibah mutlak dan hibah bersyarat. hibah mutlak adalah pemberian secara percuma yang berlaku semasa hidup tanpa disertakan dengan sebarang syarat. Hibah bentuk ini adalah memenuhi rukun dan syarat hibah.

Hibah bersyarat pula bermaksud kontrak hibah di mana pemberi hibah meletakkan syarat-syarat sampingan bagi melaksanakan pemberiannya. Hukum meletakkan syarat adalah bergantung kepada status syarat itu sama ada bercanggah dengan syarak ataupon tidak.



Hibah amanah merupakan gabungan instrumen antara hibah dengan amanah, iaitu pemberi hibah membuat perakuan  untuk menghibahkan sesuatu kepada seseorang berkuat kuasa selepas kematiannya. Sehingga berlaku kematian pemberi hibah, harta tersebut dipegang oleh pemberi hibah atas dasar amanah. Pemberi hibah berhak menarik balik perakuan hibah tersebut  semasa ahayatnya. Jika penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu daripada pemberi hibah harta yang dihibahkan itu akan kekal dipegang oleh pemberi hibah.



Hibah Umra pula satu bentuk pemberian terhadap hak milikan kepada seorang dengan menetapkan atau menghadkan tempoh pemilikannya berdasarkan pemilikannya atau kematian penerima hibah.
Contohnya:
“Rumah  ini aku hibahkan kepada kamu sepanjang hayat kamu, apabila kamu mati, harta ini akan kembali kepada aku.”


Hibah Umra adalah pemberian hak milik daripada seseorang kepada seseorang yang lain, yang mana jika salah seorang daripada penerima hibah atau penerima hibah itu mati, harta tersebut akan menjadi hak milik pihak yang masih hidup.
Contohnya:
“Rumah ini aku hibahkan kepada kamu sepanjang hayat kamu, sekiranya kamu mati sebelumku, harta ini akan kembali kepada aku, tetapi jika aku yang mati dulu sebelum kamu, maka harta ini akan menjadi milik kamu.”


 
Pelaksanaan hibah bersyarat seperti hibah umra dan ruqba ini kebiasaannya adalah dilakukan selepas kematian pemberi hibah, cuma dokumen pengishtiharan hibah sahaja yang dilakukan terlebih dahulu ketika pemberi hibah masih hidup.

Ini bertujuan supaya tidak berlaku kemaslahatan di kemudian hari seperti anak-anak yang menghalau ibu-bapa keluar dari rumah selepas rumah tersebut dihibahkan kepada mereka.


Harta seharusnya menjadi pengerat kepada silaturrahim, bukannya menjadi punca perbalahan. Rancanglah pengurusan harta anda sebaiknya supaya tidak berlaku pertikaian selepas ketiadaan anda.
 


 

Comments

Popular Posts