Perkahwinan Merentasi Sempadan

Perkahwinan merentasi sempadan ataupun perkahwinan di Thailand begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Pasangan ini memilih untuk menjalankan perkahwinan di Thailand adalah kerana ia merupakan suatu jalan yang lebih mudah dan ringkas. Majlis perkahwinan yang meriah sudah semestinya menjadi idaman setiap insan, namun persoalannya, mengapakah wujudnya segelintir pasangan yang sanggup untuk mengelak dari mengadakan majlis perkahwinan yang meriah dan memilih untuk mengadakannya secara ringkas tanpa dihadiri rakan taulan mahupun sanak sauadara. Bahkan, jumlah mereka yang berkahwin merentasi sempadan ini bukannya sedikit.

Mengikut Datuk Seri Wan Abdul Wahib Wan Hassan selaku Timbalan Pengarah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, sebanyak 7079 pasangan telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, Thailand dari Januari 2013 hingga Jun 2015.

Persoalannya, apakah yang mendorong pasangan ini bernikah di sana? Apakah perkahwinan mereka ini sah di sisi syarak? Apakah perkahwinan mereka ini boleh didaftarkan mengikut Undang-Undang Malaysia? Apa implikasi sekiranya perkahwinan ini tidak di daftarkan? Dan bagaimana pula prosedure sekiranya pasangan tersebut ingin mendaftarkan perkahwinan mereka, dan bagaimanakah caranya ?

Alhamdulillah, kali ini pihak kami diberi kesempatan dan ruang untuk berkongsi serba sedikit maklumat tentang perkahwinan merentasi sempadan ini.Kami berasa terpanggil untuk memberi penjelasan kepada masyarakat awam tentang perkahwinan di Thailand ini memandangkan kes ini merupakan kes yang sinonim dalam masyarakat kita.


Persoalannya ?

1) Adakah perkahwinan di Selatan Thailand ini sah di sisi syarak?

2) Adakah perkahwinan di Selatan Thailand ini boleh didaftarkan di Mahkamah Syariah di Malaysia?


Sumber daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mengikut Muzakarah Jawatakuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tahun 2002 telah memutuskan bahawa hukum nikah di Thailand adalah sah dengan syarat :

1) Pernikahan itu mengikut hukum rukun nikah.
2) Pernikahan itu melebihi dua (2) marhalah.
3) Tiada keputusan Mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4) Pernikahan itu dilakukan oleh Wali Hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakadnikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai Wali Hakim.

Apa pula implikasi sekiranya perkahwinan itu tidak didaftarkan. Antara kesan sekiranya perkahwinan itu tidak didafkan adalah :

Isteri
Anak
Hilang hak untuk menuntut haknya sebagai seorang isteri setelah berlaku perceraian
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai sijil kelahiran, kad pengenalan dan mengalami kesukaran untuk pendaftaran sekolah


 

Setiap perkahwinan yang berlaku seharusnya didaftarkan dan disahkan. Antara kepentingan pengesahan perkahwinan di Malaysia adalah

1) Tidak semua perkahwinan itu adalah cukup syarat digariskan oleh syarak terutamanya pernikahan yang dilakukan oleh sindiket.
2) Oleh itu, pengesahan pernikahan perlu dibuat bagi memastikan pernikahan tersebut adalah sah di sisi syarak syarak dan perundangan negara.

Apakah yang berlaku sekiranya pernikahan itu sah, dan apa pula yang berlaku sekiranya pernikahan itu tidak sah?

                                       Sah                                 Tidak Sah
Setelah Mahkamah mengesahkan perkahwinan tersebut adalah sah,satu perintah akan dikeluarkan oleh Mahkamah dan pasangan perlu mendaftarkan nikah di pejabat agama bagi mendapatkan surat nikah Malaysia
.Pernikahan tersebut mesti difasakhkan(dipisahkan) .
.Oleh itu,pasangan tersebut perlu melakukan akad nikah yang baru sekiranya masih mahu bersama sebagai suami-isteri.





Antara sebab sesuatu perkahwinan itu tidak sah adalah, pada kebiasaaanya perkahwinan itu tidak menggunakan Wali Hakim yang dilantik oleh pemerintah.

Antara kesan sekiranya sesebuah perkahwinan itu tidak didaftarkan adalah tiada sebarang rekod pernikahan mereka di mana mana Pejabat Agama Islam di Malaysia. Selain itu, sebarang tuntutan di Mahkamah seperti urusan perceraian, harta sepencarian adalah sukar kerana tidak mempunyai Sijil Nikah Malaysia.Manakala anak yang hasil daripada pernikaha itu akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan Sijil Kelahiran dan akan mengalami kesukaran untuk mendaftarkan persekolahan mereka.Bagi anak perempuan pula, akan mengalami kesukaran untuk berkahwin kerana susah untuk menentukan wali. Manakala anak yang hasil daripada pernikahan yang tidak berdaftar juga akan menghadapi cemuhan daripada masyarakat.

Setelah memahami konsep perkahwinan di Selatan Thailand, hukum perkahwinan tersebut, dan kesan sekiranya perkahwinan itu tidak didaftarkan, sekarang kita akan membincangkan pula tentang prosedur pendaftaran perkahwinan yang dilakukan di Selatan Thailand.

1) Pemohon hendaklah menyediakan Affidavid Permohonan pengesahan nikah di luar negara.
2) Permohonan ini diserahkan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan tarikh bicara,
3) Pasangan suami isteri mesti hadir bicara pada tarikh tersebut.
4) Suami isteri perlu hadir untuk untuk mendapatkan keputusan Hakim.Selepas Hakim memutuskan bahawa perkahwinan itu adalah sah, Mahkamah akan megeluarkan surat perintah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perkahwinan.
5) Pasangan tersebut perlu mengambil perintah Mahkamah dan membawanya ke Pejabat Agama Islam bagi tujuan pendaftaran.
6) Pasangan perlu mengisi borang daftar nikah luar negara yang telah disediakan oleh Pejabat Agama. Selepas satu (1) bulan,pasangan tersebut perlu datang semula ke Pejabat Agama untuk mengambil sijil nikah.

Kesimpulannya, perkahwinan yang tidak didaftarkan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti kelahiran anak syubhah, pewarisan harta, nasab dan kedudukan pihak-pihak  (suami-isteri)  dalam perkahwinan itu.

Comments

Popular Posts