Kisah Inspirasi : Meja-Meja Guru Kehidupan ( Bhg 1 )
Sebelum masuk ke pejabat pada awal pagi, kedai makan di bawah pokok menjadi tempat dia singgah terlebih dahulu untuk bersarapan pagi. Pada waktu tengah hari, dia makan di situ juga. Sebelum pulang ke rumah, dia minum petang di situ.
Tetapi, dia tidak seperti orang lain yang biasanya memilih meja kegemaran mereka. Melainkan sekiranya ia sudah diduduki orang, baru mereka beralih . Sebaliknya, setiap hari dia berubah tempat duduk. Hampir semua meja dan kerusi didudukinya. Paling hampir dengan tempat menyediakan minuman di kedai di bawah pokok sebagai kedai 60-an. Mahu tahu kenapa? Tuan kedai di bawah pokok itu memasang lagu 60-an setiap hari. "Terasa seperti orang lama sekiranya menikmati teh tarik sambil mendengar lagu yang berkumandang di corong radionya," kata Dian kepada dirinya sendiri sambil melipat lengan baju kemeja sehingga ke atas seperti orang dahulu.
Beberapa hari yang lalu, seorang pekerja bank baru sahaja berpindah tempat kerja ke bank cawangan di situ. Pekerja bank itu baru berumah tangga dan mempunyai seorang anak kecil yang masih belum bersekolah. Isterinya suri rumah.
Dalam keadaan kekok di tempat baru, tuan kedai dibawah pokok menjadi rakan akrabnya. "Bagaimana keadaan kamu selepas berpindah ke sini?" tanya tuan kedai dibawah pokok sambil meletakkan sepinggan kuih dan minuman panas yang dipesan.
Jawab pekerja bank, "Baru lagi, susah mahu dikata. Tetapi, jauh lebih mudah datang ke sini berbanding tempat lama, tidak sesak, dan berada di luar kawasan bandar utama. Rumah yang kami sewa baru-baru ini dekat benar lokasinya," sambil dia mengambil kuih dan mengunyahnya.
Pagi itu, meja pekerja bank dihampiri oleh Dian. Dian bertanya kepada pekerja bank, "Bolehkah saya duduk di sini?" Pekerja bank melihat kiri dan kanan. Banyak lagi meja yang kosong, tetapi meja yang diduduki dia juga menjadi pilihan Dian. Pekerja bank melihat dari atas ke bawah penampilan Dian. Kemas dengan pakaian kemeja sama sepertinya . Pekerja bank itu mengangguk-angguk memberi kebenaran, dalam hati dia berkata, "Mahu menjual polisi insurans ataupun mahu menjual produk jualan langsung kepada saya ?"
Dian disapa tuan kedai di bawah pokok. Sapaan bersama sepinggan nasi lemak dan kopi panas yang tidak dipesannya. Tuan kedai sudah sedia maklum kehendak Dian. Apa yang perlu dilakukan Dian, hanya mencuci tangan dan duduk di meja. Dian tidak diam menikmati nasi lemak dan kopi panas, dia bertanya kepada pekerja bank," Tuan kelihatan baru di sini, singgah sahaja ataupun kepada pekerja bank,"Tuan kelihatan baru di sini, singgah sahaja ataupun bekerja disini?" soalan yang memecahkan kebisuan dua orang di meja yang sama.
"Saya baru beberapa hari di sini. Masih belum biasa dengan tempat ini, melainkan kedai di bawah pokok ini sahaja tempat yang kerap saya singgah," balas pekerja bank yang masih mencari jawapan mengapa orang ini duduk semeja dengannya. Pekerja bank sudah awal- awalmenyediakan skrip dalam kepalanya. Katanya dalam hati," Sekiranya dia mula bercerita berkenaan pelan perlindungan ataupun perancangan mencari pendapatan tambahan dengan jualan langsung, saya pangkah kata-katanya . Alasan saya, tidak berminat dan ada komitmen lain ," kata-kata itu diulang-ulang dalam hati.
Dian berkata lagi, " Oh, begitu. Kedai di bawah pokok ini memang menjadi tumpuan mereka. Biasanya berubah- ubah orang, sebab banyak pilihan kedai makan di sini. Bagus juga dapat bertemu pelbagai orang di kedai ini. Saya suka!"
Pekerja bank tekun mendengar kata-kata Dian, lelaki yang tidak dikenalinya. Dia hanya diam mengunyah kuih sambil tunduk melihat akhbar. Katanya dalam hati sekali lagi, " Sah! Lelaki ini mahu menjual sesuatu kepada saya . Suka benar dia bertemu dengan ramai orng. Sudah tentu wajah saya sudah bercop bakal pelanggan."
Dian tersenyum dan bercerita berkenaan tempat itu, kemudian terhenti, lalu bertanya soalan lagi, "Tuan sudah berumah tangga?" Pekerja bank itu menjawab, " Saya sudah berumah tangga." Dian bertanya lagi, " Sudah berapa orang anak?" "Seorang sahaja," pekerja bank membalas ringkas.
Dian mengajukan satu lagi soalan, "Tuan baru sahaja berpindah di sini, masih menghantar di nursery yang samakah ataupun bagaimana?...... BERSAMBUNG
(nak tahu cerita selanjutnya? tunggu entry akan datang! )

Comments